Skip to content

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

Selamat Datang ke PTSS!

            Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah beroperasi di kampus sementaranya di Kolej Komuniti Darulaman pada 16 Mei 2003. PTSS berpindah ke kampus tetapnya pada 16 Jun 2004 dan pengambilan pelajar yang pertama bermula pada sesi Julai 2004. Kampus Tetap Politeknik terletak di KM 25 Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis.

           Politeknik ini merupakan Politeknik yang ke 18 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik ialah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Hospitaliti. Dua Jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

           Selain dari jabatan akademik PTSS turut mengandungi Bahagian Pentadbiran, Unit Hal-Hal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling, Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit Teknologi Pendidikan dan Unit ICT. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin menawarkan kursus diperingkat Sijil (2 Tahun) dan Diploma (3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

 
Makluman Untuk Semua Staff PTSS

Salam sejahtera,

Kepada semua staf PTSS, sila pastikan semua komputer RASMI PTSS telah dilengkapi dengan Antivirus Kaspersky. Untuk komputer riba(laptop) rasmi PTSS, sila bawa ke Unit Pusat Komputer untuk tujuan instalasi. Bagi komputer yang telah dilengkapi dengan Antivirus Kaspersky, sila update dan run fullscan. Sebarang bantuan teknikal, sila hubungi Unit Pusat Komputer.
 

Pengumuman

Karnival Sukan Jabatan Akademik
Tarikh : 20-30 Oktober 2008
Tempat : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
 

Kiraan Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini32
mod_vvisit_counterSemalam268
mod_vvisit_counterMinggu Ini781
mod_vvisit_counterBulan Ini2410
mod_vvisit_counterJumlah Keseluruhan12964

Antakya Drug-Cancer firma rehberi company Arabic Photo Pikniktube Tutsat Turkyie Youtube Gir metacafe downloadlinx